Kamis, 26 Mei 2011

AL MASIHUD DAJJAL

D A J J A L
Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi, dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah, sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk, Hidungnya seperti Paruh burung, sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya, menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn " syaqq " manakala ibunya adalah dari bangsa Jin, Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman A.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus, lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya :

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah S.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai syurga dan neraka, nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan Besar dan agak kemerah-merahan, Rambutnya kerinting dan tebal, Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan " Kafir (Kaf-Fa-Ra) “, tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak, mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab " Shahih Muslim ", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah".
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahwa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulai cobaan/ godaan kepada umat ini, selama 40 hari, Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari, Dalam Hadis riwayat Muslim disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi s.a.w, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah s.a.w Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari saja (5 waktu), Nabi saw menjawab: Tidak cukup, Kamu mesti menyangka hari itu dengan menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita menghitung jam yg berlalu pada hari itu, Bukan mengikuti perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan, misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Dzuhur, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Dzuhur pukul 15.30 Wib, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isya dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh karena itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa, Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1.         Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya, sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut, Pada tahun pertama hujan akan kurang 1/3 dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa serta tahun ketiga hujan tidak akan turun, Umat akan dilanda kekeringan, saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian, Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan Hujanlah kamu di daerah ini, Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur, Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yang bersekutu dengan Dajjal, penduduk yg tidak mau bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kesusahan, Dan diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kesulitan.
            Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya : " jadi apa yg dimakan oleh org islam yg beriman pada hari itu wahairasulullah ? " Nabi menjawab " Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah
2.         Ada bersamanya seperti Syurga dan Neraka,
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama surga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api, Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam karena hakikat yg benar adalah kebalikan dari yang ditunjukkannya, Apa yg dikatakan surga sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3.         Melakukan perjalanan dengan cepat, yang mana hal ini tidak terjadi pada masa lalu, Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kecepatan perjalanannya diatas muka bumi ini ? “ Nabi menjawab " Kecepatannya perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang " H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4.         Bantuan setan-setan untuk menguatkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bahu membahu Dajjal, bagi setan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam A.s.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar